Perancang Keluarga Implant

Hi, hari ni dah 1 month 19 days Bella dan Adam berkahwin. Di sebabkan dua-dua masih belajar dan msih muda. Kami plan nak pilih perancang keluarga implant. Bella dah pun pasang implant ni. Dah hampir 3minggu. So nak bagi la tips and procedure nak pasang implant ni.

Implant ni di pasang di bahagian bawah lengan. Dia lebih kurang sejenis rod. Bella pasang implant dekat LPPKN. sebab lagi murah kosnya. Kalau swasta range harga dalam RM600 hingga RM1200. Tapi kalau kat LPPKN, RM320 je. Bella buat dekat LPPKN perlis.
note: Now harga pasang implant di LPPKN RM500 and kos nak buka atau keluarkan implant RM100

First, Bella call office LPPKN. Then dia akan sambungkan ke klinik nur. Nurse cakap suruh call balik bila first period. So implant ni hanya boleh pasang ketika period. Sebenarnya bukan wajib pun, tapi sebab nak memastikan kita tak mengandung time pasang tu kena la time period. Kalau yakin tak pregnant boleh je nak tipu. haha. Oh ya ni senarai no phone office LPPKN. Nanti dia akan sambung ke klinik nur sejahtera. Other wise, boleh je call or contact direct klinik nur sejahtera lppkn. If nak lebih jelas boleh ke click sini WEBSITE LPPKN







First day period Bella hari ahad, so isnin baru Bella call. Then nurse terus suruh datang hari rabu untuk pasang implant. Tapi kalau kat perlis ni, kena datang lepas pukul 5. Sebab dokter dia dari hospital kerajaan. So lepas office hour baru dia datang kat klinik nur ni untuk perancang keluarga.


Mula-mula dia akan bius dulu. Bius tu rasa la jugak. Then dah tak rasa apa. Masa dokter masukan implant, Bella ni I'm tak berani nak tengok, dia guna alat macam gambar ni. huhu agak besar jugak. Tapi tak rase ape pun. Dont worry. Alat ni lebih kurang macam pipette kat lab tu. Dia inject rod ke dalam lengan kita guna benda ni. Sekejap je pasang. Lepas tu bayar, then siap ! haha takde ubat pape pun dokter bagi. Cuma kena datang klinik balik minggu depan kalau ade luka kat bahagian injection tu. oh ya, implant ni berkesan serta merta selepas pasang. Tapi tak pasti keberkesanan dia macam mana. Sebab masa Bella pasang tu hari rabu, then hari sabtu dah bersama incik Adam. Nothing happen pun. Setakat ni tak mengandung lagi. :)

Lepas ubat bius tu abis pun tak rasa sakit kat situ. Cuma akan rasa tak selesa la sebab ade bnda kat lengan kita. Tapi untuk beberapa hari kalau tekan kuat-kuat kat bahagia tu sakit jugak. Sakit sikit je.. Tapi Bella start malam, terus lebam. Mula-mula sikit. Makin Bella banyak gerak makin teruk lebam nye. Ngeri jugak tengok. Tapi makin lama makin tak sakit langsung. Lebam jela. Lepas seminggu pasang lebam makin teruk, Bella pergi farmasi beli ubat hilangkan lebam. Setiap hari Bella sapu kat situ. Kerap la sapu dekat 3 4 kali sapu sehari. Seminggu lepas pasang implant, sepatotnya kena pergi klinik check, tapi Bella tak pergi pun, sebab Bella ade baca kat internet kalau dokter tak ikat lengan kita sebelum inject, akan ada kesan lebab. So mungkin itu faktornya tangan Bella lebam. So ignore je la. Hari ni minggu  ke 3 pasang implant, baru lah kesan lebam tu 100% hilang, and rasa sakit or rasa macam ada something kat lengan pun dah takde. Rasa biase je. Alhamdulillah.

Okey kenapa Bella and Adam pilih implanon or implant ni. ? Perancang keluarga atau pencegah kehamilan ada banyak, boleh guna kondom, pil, injection, IUD dan implant. Bella tak pilih pil sebab Bella tak yakin boleh makan pil tanpa missed. Lagipun kesan pil ni agak bahaya. Hurm kalau nak tahu boleh google but ape yang Bella tahu dia ada effect dalaman. Injection pulak 6bulan sekali. Bella student lagi, so susah nak ke Kangar tiap 6bulan nak ambik injection. Kondom malu nak p beli. IUD pulak Bella sangat-sangat lah tak berani. Sebab dia dekat bahagian faraj wanita. woo tanak-tanak. So impalnt is better for me. Bella pun lagi 2tahun habis belajar. Implant ni bertahan selama 3tahun. Tapi kalau nak bukak awal pun boleh. Plan pun memang nak bukak awal. sebab nyee...

okey ni nak cte effect atau kesan implant yang ade kait kenapa Bella nak bukak awal. Impant ni melibatkan kesuburan wanita. Macam mana ia prosess Bella pun tak paham sangat. Tapi dia lebih kepada tindakan or prosess pengeluaran ovum wanita. So semasa pakai implant ni kita akan jadi tak subur. Period kompom tak teratur. Lepas bukak implant, ia akan ambil masa untuk betulkan balik kitaran waktu subur kita. So kalau Bella bukak awal sikit, takde la tuggu lama nak dapat baby. hehe But dont worry, rezeki Allah bagi. Cepat lambat Allah tentukan. Ni nak cerita pengalaman Bella call LPPKN johor. Dia tak bagi Bella pakai implant, dia suruh pakai kondom je. erk =.= Sebab nye Bella tak pernah mengandung. Bella tak pasti la ape effect yang besar sangat pada orang tak mengandung lagi. Yang dia cakap kat Bella nanti susah nak mengandung. Tapi bila Bella jumpa dokter masa nak pasang implant ni, Bella cerita kat dia saya masih belajar, tak pernah mengandung. Then dokter tu okey je. Dia kate takpe kalau dah tanak boleh bukak. So Bella tanya Adam then Adam pun cakap selagi tak memudarat kan Bella okey je. Soal anak, itu rezeki Allah nak bagi. Okey so Bella yakin, Bella pasang jugak implant ni.

Effect kesuburan ni agak bahaya sikit. Sebab tak tentu. Ada orang period sikit tapi lama, ada yang takde period langsung, ada yang sentiasa ade je. kalau yang sentiasa period ni boleh jumpa dokter mintak ubat or bukak je implant tu. Macam akak yang tunggu dengan Bella kat klinik tu, tapi dia nak bukak. Dia kata dia dua tahun tak datang period. wahh something nice to hear. Haha Bella selalu harap dapat macam akak tu. Tak nak period selalu, kesian cik Adam nanti. hehe. Tapi semalam Bella dah start rasa lain, ade sikit brown spot kat panties. Hari ni pun ade lagi dua tiga titik. So Bella assume as period je la.

okey lah, for those yang plan nak pasang implant nak tanya apa2 drop your komen dibawah. 

Moga sedikit info ni membantu.

Comments

Popular posts from this blog

Jangka Hayat Susu Perahan | Breastfeeding

TIPS BERPANTANG CEASER(CZER/BEDAH)

Sikit tapi Kerap, Ibu Breastfeeding kena pegang konsep ni. | Pantang Larang Bf 01