Peralatan diperlukan untuk ibu Breasfeeding berkerja
Bekerja dan menyusukan bayi anda? Tak ada masalah lagi! Jom prepare barang keperluan untuk dihantar pada pengasuh/baby sitter/nursery.
1. Sediakan Cooler box atay Cooler beg
Kita mula dengan cooler box ya. Cooler box ni anda boleh cari di kedai-kedai barang plastik atau di pasaraya besar macam Tesco Giant. Harga depends pada saiz box. Kalau boleh cari saiz yang besar sikit supaya muat nak isi max 6botol + ice brick dan ice pack.
Kelebihan cooler box ni dia lebih tahan lama, ruang lebih besar dan pengasuh tak perlu tranfer susu ke fridge rumah. Biarkan je dalam box sampai anda balik kerja untuk ambik baby.
Cooler bag pulak anda boleh dapatkan di kedai barang baby. Ada dua jenis, satu yang macam gambar jenis bag pack. Bawah tu ada cooler bag section. Boleh cabut dan zip balik. Bahagian atas boleh guna untuk simpan barang. Dan jenis kedua, just cooler bag sahaja.
Harga depends jugak, dan biasanya brand gabag ni sangat recommended untuk beng menyusu sebab tahan lebih lama.
Biasanya cooler bag ni perlu tranfer ke peti sejuk rumah pengasuh, sebab aispack dan aisbrick tak tahan dalam ni lama. But depends jugak. Ada yang tahan. So kena try dulu kat rumah berapa jam tahan.
2. Storage botol atau feeding botol
Contoh storage botol. Storang botol tanpa puting, jadi pengasuh perlu basuh puting botol first dan guna untuk botol seterusnya.
Feeding botol lebih digalakkan untuk memudahkan pengasuh. Botol bersiap puting, jadi pengasuh terus ambil dan panas kan.
3. Ice pack dan ice brick
Untuk menyejukkan cooler bag, icepack dan ice brick diperlukan. Biasanya untuk satu storage, 1 icebrick dan 2 ice pack atau lebih. Ketahanan ice pack dan brick berbeza depends pada jenama, dan jenama paling ok boleh cuba gabag. 8-12jam biasanya boleh tahan.
Ais pack brand gabag atau ape2 brand pun boleh. Tengok ketahanan nya pada instruction.
Contoh ais brick
4. Instructions
Instruction atau arahan ni tujuan dia nak bagi bs handle susu dengan betul. Kadang-kadang ada yang cakap tahu handle, tapi panas kan susu dengan air panas, ada yang rendah susu dalam air didih. Kadang-kadang ada yang goncang susu. So better tahu ke tidak, ibu siap kan terus instructions dan tampal atas cooler box. Ni ada beberapa contoh arahan pengendalian ebm untuk pengasuh. Korang boleh print dan liminate.
Okey itu sahaja part keperluan.. Bella akan sambung cara nak hantar susu pulak for next entry. 😘
Comments