Posts

Showing posts from January, 2020

TIPS BERPANTANG CEASER(CZER/BEDAH)

Image
Siapa bersalin secara operation? kite geng huhu. Nurul sebab first twin breech. Korang sebab apa? Tapi secara jujurnya, Bella tak rasa sakit yang terlampau sangat semasa berpantang. Alhamdulillah Tips yang  Bella boleh share. 1. Makan sama je berpantang normal. ✔️ Air minum banyak ✔️ Sayur wajib ✔️ Buah orange sunquick 2. Banyakkan gerak supaya aliran darah lancar. 3. Mandi macam biasa, boleh kena air tempat czer tu. Tapi lepas mandi lap kering². Kenakan angin dulu baru tutup Kadang2 ada nanah kat hujung. Nurse kata takpe nanti kering tu. 4. Kalau nak bangun dari baring, mengiring dulu baru bangun. Jangan p bangun terus. 5. Bella tak berbengkung, tungku. Urut ya. Urut semua tempat kecuali tempat czer dan breast. Tak sanggup eh kena urut breast tu, sakit ya ampunnn. macam mana yuols boleh cakap urut baru ada susu. aduyai. 6. Susukan anak secara exclusive supaya rahim cepat kecut. Boleh prepare nursing pillow sesiap sebelum bersalin. Lapik bantal kat belakang badan

Kampung pun ada swimming pool??

Image
Pernah terbayang tak dalam ceruk kampung pun ada swimming pool untuk kite beriadah? Why not kan. I Salute la kat owner Norfa Camp House ni. Boleh terfikir untuk buat swimming pool best macam ni. NCH ni kat Changlun, Kedah. Lebing kurang 1jam dari Alor Setar. Tapi kalau dari UUM Sintok 9minit sahaja. Kami dari Jitra ni tak jauh mana pun 15 - 20min dah sampai. Tak plan pun sebenarnya untuk kesini. Kebetulan anak anak dah lama nak mandi swimming pool, dan walid depa tengah free, tersampai la kat sini. NCH ni ada disediakan 5 bilik chalet untuk tidur atau untuk duduk separuh hari. Kami pilih separuh hari sahaja. Harga seperti dibawah, Chalet Aircond Rm100/mlm Rm60/Stgh hari Chalet Kipas  Rm80/mlm  Rm50/Stgh hari Ada chalet family jugak, tu korang tanya la owner sendiri ya. Kami ambik yang separuh hari bilik aircord Rm60. check in pukul 2 petang , checkout 10malam. Okey la kan berbaloi sangat. Yang best nya kat sini boleh mandi sampai 9malam. Kami sampai je

Jangka Hayat Susu Perahan | Breastfeeding

Hari ni Bella nak expalain kat korang sedikit info tentang jangka hayat susu perahan. Kita mulakan dengan suhu bilik.  Untuk baby yang normal atau premature susu ibu bertahan selama 4jam. Tapi diMalaysia ni suhu agak panas. Kite tak saran kan biar lama-lama di room temperature. 2 3 jam is okey. Kalau takde keperluan just terus masuk chiller lepas pump. Tak perlu biar susu smpai sejam 2 kat luar, baru nak masukkan chiller.  Yang kedua, kite go for chiller. Chiller ni kat mana? Chiller ni adalah bahagian peti sejuk bawah. Yang hanya menyejukkan, bukan hat beku tu ya.  Untuk baby normal, tempoh jangka hayat ebm boleh disimpan hingga 5hari. Tapi untuk baby premature hanya 2hari sahaja.

Makan Makan Jitra | Restoran Buah Naga Atas Bukit

Image
Kedai ni baru je dibukak di atas bukit. Sebelum ni kat area Taman Mahsuri, bersebelahan hotel Darul Aman. Dulu kami peenah makan dah kat sini, tapi saje nak try yang baru ni pulak kat atas bukit nampak sangatt cantik korang boleh wave je restoran buah naga atas bukit. alamat nya, Lot 1076 kampung lubuk batu jalan wang tepus Jitra   06000 Kedah Kami datang dalam lebih kurang jam 8malam. Suasana time tu tak berapa ramai orang. Not bad decoration cantik. Sampai je kena park kereta kat bawah, dan jalan kaki naik atas bukit. Akan dengar bunyi burung-burung dan pacuran air menyambut kedatangan pengunjung restaurant. Sungguh menenangkan. Masuk dalam beraircond, dan simple modern style.  Agak lama nak memilih makanan, akhirnya kami pilih set combo nasi buttermilk chicken dan teh o ais Rm8, daging bakar danok dan ulam tokyah untuk AbamDin yang tengah diet. Overall makanan sedap. Kami bagi 4star. Ulam tu memang sedap, secukup ras

Sikit tapi Kerap, Ibu Breastfeeding kena pegang konsep ni. | Pantang Larang Bf 01

Direct feeding baby yg tentukan berapa banyak dia nak minum. TAPI Susu melalui botol kita yg tentukan dan train perfeeding baby. Jadi train la sikit tp kerap.  Salah satu sebabnya, untuk menyerupai rentak direct feeding.Ya  flow susu ibu TAK SAMA dengan botol yang sentiasa keluar bila disedut. Direct feeding ada fast flow, ada slow flow. jadi tk mustahil baby boleh minum sampai 10oz bila hisap botol sebab baby hanya tak puas mengisap, bukan tak kenyang.  Train 2oz - 2.5oz perfeeding (1jam stgh - 2jam). Maximum pemberian Ebm adalah 4oz. kalau rasa tk cukup tambah botol, dekatkan time feeding. in shaa allah cara ni adalah satu perancagan yang perlu ibu berkerja titik berat. Kesan nya bila bby dh terbiasa susu bnyk dia akan mula reject direct feeding sebab tak sabar nak flow sentiasa laju sahaja dan susu yang banyaj. Suka Bella sentiasa ingatkan, hormon ibu semakin berkurang, jadi rancang sebaiknya supaya susu sentiasa cukup untuk supply pada baby.

Tips Easy ready makanan baby 6bulan keatas

Image
Cara mudah bella bagi untuk korang yang baru nak ajar anak makan. Boleh guna cara ni senang je sebenarnya nak ready makanan baby.  1. Frozen kan beras dan puree Sayur untuk satu portions. 2. Sumber protein boleh buat serbuk atau cincang dan frozen kan.  3. Masuk dalam periuk beras beku + sayur beku + air. tutup periuk, sambil² buat kerja lain dah siap bubur. 4. Tabur serbuk protein. 5. complete meal for baby. Healthy and easy 😍 🔸Cara buat beras beku 1. Basuh beras. 2. bahagikan kedalam bekas ikut portion sehari makan 3. masuk kan air sampai tenggelam beras. 4. Frozenkan. 🔸Cara buat puree sayur beku 1. basuh bersih sayur 2. jika sayur keras, steam kan dahulu. 3. Blend ikut texture yg sesuai untuk bayi. 🔸Cara buat serbuk bilis/ayam 1. Ikan bilis direndam dahulu semalaman. 2. Ayam direbus dahulu sehingga masak(bahagian isi). 3. Sangai ikan bilis/ isi ayam sehingga kekuningan. 4. blend halus 5. Tapis, simpan dalam chiller bekas kedap udara. siap 👍 A

Alamak! Macam mana cara yang betul panaskan susu ibu? | Pengendalian Ebm

Image
Pengendalian EBM sgt penting. Salah handle boleh rosak atau hilang nutrisi² dlm susu. Jangan GONCANG & RENDAM EBM DALAM AIR DIDIH/AIR PANAS. Okeh kat sini Bella sharekan cara handle ebm frozen untuk hantar pada baby sitter Susu yang sudah dicairkan tahan 24jam dari masa perubahan suhu. Untuk cair kan susu frozen ada dua cara 1. Turun kan susu ke chiller(bahagian peti sejuk biasa) malam. Esok pagi nak guna dah cair. 2. Alirkan bawah air paip atau rendam dalam air paip Susu yang sudah dicairkan perlu disimpan terus dalam chiller untuk jangka hayat 24jam. Bila dah cair boleh la korang sukat ikut berapa oz anak minum. Please jangan bagi berpack2 kat pengasuh ya. Nak panaskan pun ada dua cara 1. Boleh guna warmer. Set kan 37c 2. Guna air panas didih + air sejuk. 1:1/2 Okey boleh la bagi kat baby. Susu yang dah dipanas kan tahan 1jam je taw.  Share supaya ramai lagi yang tak tahu kat luar sane, dapat la serba sedikit ilmu ni. Sama-sama kite sebarkan info penyusuan 😘

Peralatan diperlukan untuk ibu Breasfeeding berkerja

Image
Bekerja dan menyusukan bayi anda? Tak ada masalah lagi! Jom prepare barang keperluan untuk dihantar pada pengasuh/baby sitter/nursery. 1. Sediakan Cooler box atay Cooler beg Kita mula dengan cooler box ya. Cooler box ni anda boleh cari di kedai-kedai barang plastik atau di pasaraya besar macam Tesco Giant. Harga depends pada saiz box. Kalau boleh cari saiz yang besar sikit supaya muat nak isi max 6botol + ice brick dan ice pack.  Kelebihan cooler box ni dia lebih tahan lama, ruang lebih besar dan pengasuh tak perlu tranfer susu ke fridge rumah. Biarkan je dalam box sampai anda balik kerja untuk ambik baby.  Cooler bag pulak anda boleh dapatkan di kedai barang baby. Ada dua jenis, satu yang macam gambar jenis bag pack. Bawah tu ada cooler bag section. Boleh cabut dan zip balik. Bahagian atas boleh guna untuk simpan barang. Dan jenis kedua, just cooler bag sahaja. Harga depends jugak, dan biasanya brand gabag ni sangat recommended untuk beng menyusu sebab tahan le