Kampung pun ada swimming pool??

Pernah terbayang tak dalam ceruk kampung pun ada swimming pool untuk kite beriadah?
Why not kan. I Salute la kat owner Norfa Camp House ni. Boleh terfikir untuk buat swimming pool best macam ni. NCH ni kat Changlun, Kedah. Lebing kurang 1jam dari Alor Setar. Tapi kalau dari UUM Sintok 9minit sahaja.

Kami dari Jitra ni tak jauh mana pun 15 - 20min dah sampai. Tak plan pun sebenarnya untuk kesini. Kebetulan anak anak dah lama nak mandi swimming pool, dan walid depa tengah free, tersampai la kat sini.
NCH ni ada disediakan 5 bilik chalet untuk tidur atau untuk duduk separuh hari. Kami pilih separuh hari sahaja. Harga seperti dibawah,

Chalet Aircond
Rm100/mlm
Rm60/Stgh hari

Chalet Kipas
 Rm80/mlm
 Rm50/Stgh hari

Ada chalet family jugak, tu korang tanya la owner sendiri ya. Kami ambik yang separuh hari bilik aircord Rm60. check in pukul 2 petang , checkout 10malam. Okey la kan berbaloi sangat. Yang best nya kat sini boleh mandi sampai 9malam.

Kami sampai je lebih kurang pukul 4petang, terus solat dulu sebelum berendam dalam kolam.
Jangan risau yang tak checkin, hanya nak mandi kolam je pun boleh. Dan kemudahan seperti surau, toilet dan tempat melepak kerusi meja memang banyak kat kolam tu. Harga untuk mandi sahaja

Kanak-kanak bawah setahun FREE
2-4 tahun Rm3
5 keatas Rm5



Mandi la dari pagi sampai malam pun boleh. Kalau yang dah checkin bilik separuh hari atau semalaman, korang boleh mandi FREE je untuk 2 dewasa. Tapi owner nya takde la kejam sangat. Macam kami 2dewasa 2kanak-kanak 3tahun still free lagi. Kalau lebih lebih sangat orang satu bilik baru depa charge.

Kolam pulak ada 4 level. 2kolam kanak-kanak yang berbeza paras air. Dan 2 kolam dewasa 3kaki dan 6kaki. Ada pancuran air yang dibuat sediri memang menambahkan lagi syok kami nak merendam. Kolam ni air nya dari perigi yang owner ni buat kat bahagian bawah. Air nya sejuk walaupun matahari tengah terpacak atas kepala. Dan lagi best nya sebab air ni tak ada clorine. Syokk memang syokk.



Nampak tak bilik belakang tu? haa tu la blik kami. Semua 5 bilik kat sini memang mengadap betul depan kolam. Tak perlu nak jalan kaki jauh jauh nak ke kolam.



Walid melayan anak, bagi anak serasi dulu, sebelum dia ke kolam 6kaki acah acah nak belajar swimming. air kolam ni memang bersih. Kebetulan kami tak p cuti sekolah, so memang takde orang pun. Syok la dorang mandi berdua je tanpa gangguan.

Lepas sejam lebih berendam, perut pun dah berbunyi, ayuhlah cari kedai makan. Kedai makan Ala Thai D’Anjung Food Court terletak lebih kurang 5min je dari NCH. Korang boleh google maps je. Owner nya memang orang Thailand, dah tentu tomyam dia power bakhang. Ni menu kami, set Rm50. Puas makan sampai tak habis, tapau bawak balik.





Siakap sweet sour, Sotong terung, Tomyam, kerabu seafood dan kangkung belacan.

Selesai makan lebih kurang pukul 8 kami terus balik ke NCH dan solat magrib. Anak-anak dah selamat dalam kolam. Memang gembira betul dorang dapat mandi kolam lama-lama macam ni. Selalu buat kolam dalam toilet je. Haha

Dalam jam 9 macam tu , anak pun dah mengigil kesejukkan. Kami pun siap sedia untuk checkout. Sempat jugak sembang dengan owner. Dia kata semua ni dorang buat sendiri makan masa lebih kurang setahun tak termasuk wiring dan lain-lain. Hebat sangat taw. Next time in shaa Allah kami datang lagi. Memang puas hati.

Ohh ya, kat sini jugak boleh buat family day, bbq, camp dan macam macam lagi la. korang boleh ke fb Chalet Norfa Camp House book dulu sebelum datang.






HIDUNG MULA BERAIR LEPAS MANDI KOLAM? BADAN PUN DAH LENGGUH? HAAA JANGAN LUPA DAPATKAN MINYAK URUT MODEN MMG YANG BERKESAN MELEGAKAN KETIDAK SELESAAN BAYI DAN DEWASA.



WASAP SAYA +601131406858

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERPANTANG CEASER(CZER/BEDAH)

Makan Makan Jitra | Restoran Buah Naga Atas Bukit