Posts

TIPS BERPANTANG CEASER(CZER/BEDAH)

Image
Siapa bersalin secara operation? kite geng huhu. Nurul sebab first twin breech. Korang sebab apa? Tapi secara jujurnya, Bella tak rasa sakit yang terlampau sangat semasa berpantang. Alhamdulillah Tips yang  Bella boleh share. 1. Makan sama je berpantang normal. ✔️ Air minum banyak ✔️ Sayur wajib ✔️ Buah orange sunquick 2. Banyakkan gerak supaya aliran darah lancar. 3. Mandi macam biasa, boleh kena air tempat czer tu. Tapi lepas mandi lap kering². Kenakan angin dulu baru tutup Kadang2 ada nanah kat hujung. Nurse kata takpe nanti kering tu. 4. Kalau nak bangun dari baring, mengiring dulu baru bangun. Jangan p bangun terus. 5. Bella tak berbengkung, tungku. Urut ya. Urut semua tempat kecuali tempat czer dan breast. Tak sanggup eh kena urut breast tu, sakit ya ampunnn. macam mana yuols boleh cakap urut baru ada susu. aduyai. 6. Susukan anak secara exclusive supaya rahim cepat kecut. Boleh prepare nursing pillow sesiap sebelum bersalin. Lapik bantal kat belakang b...

Kampung pun ada swimming pool??

Image
Pernah terbayang tak dalam ceruk kampung pun ada swimming pool untuk kite beriadah? Why not kan. I Salute la kat owner Norfa Camp House ni. Boleh terfikir untuk buat swimming pool best macam ni. NCH ni kat Changlun, Kedah. Lebing kurang 1jam dari Alor Setar. Tapi kalau dari UUM Sintok 9minit sahaja. Kami dari Jitra ni tak jauh mana pun 15 - 20min dah sampai. Tak plan pun sebenarnya untuk kesini. Kebetulan anak anak dah lama nak mandi swimming pool, dan walid depa tengah free, tersampai la kat sini. NCH ni ada disediakan 5 bilik chalet untuk tidur atau untuk duduk separuh hari. Kami pilih separuh hari sahaja. Harga seperti dibawah, Chalet Aircond Rm100/mlm Rm60/Stgh hari Chalet Kipas  Rm80/mlm  Rm50/Stgh hari Ada chalet family jugak, tu korang tanya la owner sendiri ya. Kami ambik yang separuh hari bilik aircord Rm60. check in pukul 2 petang , checkout 10malam. Okey la kan berbaloi sangat. Yang best nya kat sini boleh mandi sampai 9malam. Kami s...

Jangka Hayat Susu Perahan | Breastfeeding

Hari ni Bella nak expalain kat korang sedikit info tentang jangka hayat susu perahan. Kita mulakan dengan suhu bilik.  Untuk baby yang normal atau premature susu ibu bertahan selama 4jam. Tapi diMalaysia ni suhu agak panas. Kite tak saran kan biar lama-lama di room temperature. 2 3 jam is okey. Kalau takde keperluan just terus masuk chiller lepas pump. Tak perlu biar susu smpai sejam 2 kat luar, baru nak masukkan chiller.  Yang kedua, kite go for chiller. Chiller ni kat mana? Chiller ni adalah bahagian peti sejuk bawah. Yang hanya menyejukkan, bukan hat beku tu ya.  Untuk baby normal, tempoh jangka hayat ebm boleh disimpan hingga 5hari. Tapi untuk baby premature hanya 2hari sahaja.

Makan Makan Jitra | Restoran Buah Naga Atas Bukit

Image
Kedai ni baru je dibukak di atas bukit. Sebelum ni kat area Taman Mahsuri, bersebelahan hotel Darul Aman. Dulu kami peenah makan dah kat sini, tapi saje nak try yang baru ni pulak kat atas bukit nampak sangatt cantik korang boleh wave je restoran buah naga atas bukit. alamat nya, Lot 1076 kampung lubuk batu jalan wang tepus Jitra   06000 Kedah Kami datang dalam lebih kurang jam 8malam. Suasana time tu tak berapa ramai orang. Not bad decoration cantik. Sampai je kena park kereta kat bawah, dan jalan kaki naik atas bukit. Akan dengar bunyi burung-burung dan pacuran air menyambut kedatangan pengunjung restaurant. Sungguh menenangkan. Masuk dalam beraircond, dan simple modern style.  Agak lama nak memilih makanan, akhirnya kami pilih set combo nasi buttermilk chicken dan teh o ais Rm8, daging bakar danok dan ulam tokyah untuk AbamDin yang tengah diet. Overall makanan sedap. Kami bagi 4star. Ulam tu memang seda...

Sikit tapi Kerap, Ibu Breastfeeding kena pegang konsep ni. | Pantang Larang Bf 01

Direct feeding baby yg tentukan berapa banyak dia nak minum. TAPI Susu melalui botol kita yg tentukan dan train perfeeding baby. Jadi train la sikit tp kerap.  Salah satu sebabnya, untuk menyerupai rentak direct feeding.Ya  flow susu ibu TAK SAMA dengan botol yang sentiasa keluar bila disedut. Direct feeding ada fast flow, ada slow flow. jadi tk mustahil baby boleh minum sampai 10oz bila hisap botol sebab baby hanya tak puas mengisap, bukan tak kenyang.  Train 2oz - 2.5oz perfeeding (1jam stgh - 2jam). Maximum pemberian Ebm adalah 4oz. kalau rasa tk cukup tambah botol, dekatkan time feeding. in shaa allah cara ni adalah satu perancagan yang perlu ibu berkerja titik berat. Kesan nya bila bby dh terbiasa susu bnyk dia akan mula reject direct feeding sebab tak sabar nak flow sentiasa laju sahaja dan susu yang banyaj. Suka Bella sentiasa ingatkan, hormon ibu semakin berkurang, jadi rancang sebaiknya supaya susu sentiasa cukup untuk supply pada baby.

Tips Easy ready makanan baby 6bulan keatas

Image
Cara mudah bella bagi untuk korang yang baru nak ajar anak makan. Boleh guna cara ni senang je sebenarnya nak ready makanan baby.  1. Frozen kan beras dan puree Sayur untuk satu portions. 2. Sumber protein boleh buat serbuk atau cincang dan frozen kan.  3. Masuk dalam periuk beras beku + sayur beku + air. tutup periuk, sambil² buat kerja lain dah siap bubur. 4. Tabur serbuk protein. 5. complete meal for baby. Healthy and easy 😍 🔸Cara buat beras beku 1. Basuh beras. 2. bahagikan kedalam bekas ikut portion sehari makan 3. masuk kan air sampai tenggelam beras. 4. Frozenkan. 🔸Cara buat puree sayur beku 1. basuh bersih sayur 2. jika sayur keras, steam kan dahulu. 3. Blend ikut texture yg sesuai untuk bayi. 🔸Cara buat serbuk bilis/ayam 1. Ikan bilis direndam dahulu semalaman. 2. Ayam direbus dahulu sehingga masak(bahagian isi). 3. Sangai ikan bilis/ isi ayam sehingga kekuningan. 4. blend halus 5. Tapis, simpan dalam chiller bekas kedap udara. ...

Alamak! Macam mana cara yang betul panaskan susu ibu? | Pengendalian Ebm

Image
Pengendalian EBM sgt penting. Salah handle boleh rosak atau hilang nutrisi² dlm susu. Jangan GONCANG & RENDAM EBM DALAM AIR DIDIH/AIR PANAS. Okeh kat sini Bella sharekan cara handle ebm frozen untuk hantar pada baby sitter Susu yang sudah dicairkan tahan 24jam dari masa perubahan suhu. Untuk cair kan susu frozen ada dua cara 1. Turun kan susu ke chiller(bahagian peti sejuk biasa) malam. Esok pagi nak guna dah cair. 2. Alirkan bawah air paip atau rendam dalam air paip Susu yang sudah dicairkan perlu disimpan terus dalam chiller untuk jangka hayat 24jam. Bila dah cair boleh la korang sukat ikut berapa oz anak minum. Please jangan bagi berpack2 kat pengasuh ya. Nak panaskan pun ada dua cara 1. Boleh guna warmer. Set kan 37c 2. Guna air panas didih + air sejuk. 1:1/2 Okey boleh la bagi kat baby. Susu yang dah dipanas kan tahan 1jam je taw.  Share supaya ramai lagi yang tak tahu kat luar sane, dapat la serba sedikit ilmu ni. Sama-sama kite sebarkan info penyusuan 😘 ...

Peralatan diperlukan untuk ibu Breasfeeding berkerja

Image
Bekerja dan menyusukan bayi anda? Tak ada masalah lagi! Jom prepare barang keperluan untuk dihantar pada pengasuh/baby sitter/nursery. 1. Sediakan Cooler box atay Cooler beg Kita mula dengan cooler box ya. Cooler box ni anda boleh cari di kedai-kedai barang plastik atau di pasaraya besar macam Tesco Giant. Harga depends pada saiz box. Kalau boleh cari saiz yang besar sikit supaya muat nak isi max 6botol + ice brick dan ice pack.  Kelebihan cooler box ni dia lebih tahan lama, ruang lebih besar dan pengasuh tak perlu tranfer susu ke fridge rumah. Biarkan je dalam box sampai anda balik kerja untuk ambik baby.  Cooler bag pulak anda boleh dapatkan di kedai barang baby. Ada dua jenis, satu yang macam gambar jenis bag pack. Bawah tu ada cooler bag section. Boleh cabut dan zip balik. Bahagian atas boleh guna untuk simpan barang. Dan jenis kedua, just cooler bag sahaja. Harga depends jugak, dan biasanya brand gabag ni sangat recommended untuk beng menyusu sebab...

Am I Pregnant?

Sejak buka implant, aku sentiasa take note waktu subur to make sure aku cepat-cepat pregnant... Sekarang dah masuk bulan ke 5 aku buka implant. Actually sepanjang pasang implant memang aku tak period langsung taw. Huhu.  Dan period pun sudah lambat 15hari. Mula-mula lambat 5 hari, aku g beli prangnancy test, and result nya dua line but kabur satu line. Bila aku try goole and tanya akak, semuanya jawapan positive. Tapi next day tu, aku ajak la kak Tirah teman g clinic, and masa tu dah petang and aku baru lepas minum air banyak. Nurse tu tengok satu line je. Terus cakap negative. Tapi aku tunjuk la semalam punya result, dua line tapi kabur. Nurse tu cakap kalau kabur still negative. Kena terang macam line C untuk line T. Aku macam pelik je dengan nurse ni. Dia suruh datang lagi dua minggu. Mungkin awal lagi katanya. Ya, yang awal lagi tu aku setuju, sebab ikut apa aku baca, makin membesar bayi, makin merah la line tu. Tapi bab dia cakap negative terus memang aku tak setuju. Buatnya ...

cocktail/ koktel custard Ummi Bella

Bahan-bahan puding custard 1cawan tepung custard 4cawan air half cawan Gula cara-cara 1) kacau tepung custard, air dan gula sehingga sebati (tanpa buka api). 2) Bila sudah sebati, buka api pelahan, dan kacau tanpa henti. 3) kacau sehingga likat dan bertukar warna oren. 4) Tuang dalam bekas/loyang/acuan, biarkan sejuk suhu bilik. 5) Masukan dalam peti sejuk. *boleh campur jagung creamy dalam bancuhan* Susu corktail/kektel 1 tin susu cair/sejat Gula (ikut kemanisan) Susu pekat (ikut kemanisan) Campurkan semuana kedalam periuk, panaskan sehingga gula hancur. Jangan samapi mendidih. Hidangan  Potong puding yang sudah sejuk dan kenyal. Campurkan dengan buah2 tin dan Susu corktail/koktel.

spaggeti bolognese tomato puri Bella

Resepi spaggeti bolognese tomato puri yang sedap dan simple. 📋Bahan2:  👉 1 tin tomato puri 👉 3 biji tomato masak ranum( potong dadu kecik2) 👉 Daging cincang (perap 10minit dgn oregano, parsley, black paper kisar kasar.) 👉 Bawang holand 2biji (sedang) -ptong dadu kecik2 👉 Susu sejat 👉 Mentega 👉 Garam n gula scukup rasa Steps: 👉 Cairkan 3sudu mentega dlm kuali (kuali dalam@ periuk) 👉 Masukkan bawang holand. Tumis sampai naik bau(jgn terlalu lama, jgn sampai lembik) 👉 Masukkan daging cincang. Biar tercampur rasa bawang @ hingga daging dh pink2 nak masak. 👉 masukkan tomato puri, kasi masuk rasa, serap sebati. Tambah garam dan sedikit gula. 👉 masukkan air (setengah hingga 1 tin) 👉  masukkan susu sejat (agak2 warne dah cantik) 👉 masukkan tomato. 👉 tambah lagi herbs oregano n parsley. Bagi cukup rasa. 👉 kalau xcukup masam, tambah sos tomato jgk. 💡 Do try and error. 💡 Biar ada rasa masam dan herb. 💡 Letak air sikit2 mengikut kepekatan ...

kahwin muda dan result exam?

Terpanggil untuk share sesuatu yang mungkin bernilai untuk diri sendiri dan orang lain. This experience of life yang sangat tidak mengecewakan. Mungkin ramai remaja out there yang masih lagi dalam dilema untuk kawin waktu belajar. Or parent korang yang tak yakin korang mampu fokus and get the best result after married. Then why not ask your parent, how they married while working? hehe So here I like to share may experience how my married effected to my result. Bukan untuk membangga diri, cuma ingin membakar semangat kalian ;) To be honest here, aku tak pernah dapat 3 pointer sebelum kawin. (Dari sem 1 hingga sem 3). Walaupun aku dah study struggled and also jaga relation dengan Allah, tapi keputusan tetap macam tu. And I admit here masa belum kawin aku agak tidak terkawal hubungan dengan lelaki. Berkawan. Bercinta. Aurat tak jaga. Hmm dosa dosa and dosa aku buat setiap hari. Then something miracle happen after aku kawin. Yeah my result. Sejujurnya selepas kawin memang aku banyak...

Bercinta Yang Haram

Susah sebenarnya nak mengungkap isu bercinta sebelum kahwin ni. Sebab aku sendiri mengalami stage ini dan sejujurnya aku sangat menyesal dengan percintaan sia-sia aku. Perasaan sayang pada yang belum halal ni memang sangat-sangat indah. Trust me takde orang yang akan rasa tak best bercinta sebelum kawin. Sebab apa? Sebab syaitan dok tepi kita sokmo. Bila hati kita jauh dari Allah, pastinya syaitan akan mengambil peluang untuk masuk dalam hati kita. Ulama-ulama telah menyatakan haram bercinta sebelum kawin. Haram itu apa? Berdosa sesiapa yang melakukannya. Jelas disitu. Jadi mengapa menempah tiket untuk ke neraka. Ulama menyatakan begitu kerana berkasih sayang sebelum kahwin adalah bukan sunnah Nabi Muhammad saw. Dan ianya adalah cara orang barat kafir laknatullah. nauzubillah jangan sampai jadi begini teman. Iman kita, akidah kita boleh terpesong teman-teman. Kerana apa, Kerana Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan te...

7 Month As A Wife

Image
Assalamualaikum readers, acehh macam ade orang nak baca je, takpe-takpe, Bella tawu Adam mesti tengah skodeng blog Bella ni. haha Sebab Adam je yang rajin nak stalker blog tah pape ni. ;) Welcome semester baru. Semester 5, tahun 3 yang pastinya lebih mencabar dari tahun-tahun before this. Semester depan dah practical. Cepat je rase mase berlalu. Tengok adik-adik jr baru masuk feeling kite pun macam adik lagi.kihkih. Tapi disebabkan semester ni ade adik jr salam ciom tangan, so rase la akak-akak sikikk. 7 month as a wife Raya pertama dengan Adam. Tapi feeling so pity kat Adam. Sebab family kiteorang hampeh sikit sambut2 raya ni. Takde nak formal-formal. Salam-salam pun dah lame kiteorang tak buat, pakai baju raya pagi raya pun idakk. haha. Memang selalu macam ni. Mungkin pada Adam sangat janggal kot. Kesian kat dia. Mesti raya paling tak best dalam hidup. haha. sorry ye Adam. Mungkin sebab family ni semua pemalas. haha malas nk pakai baju raya kalau tak pegi mana2. Malas n...

Honeymoon Langkawi Budget Murah

Hi, this our second honeymoon after Port Dickson. Wahh baru dua bulan kawin dah dua kali honeymoon =,= This honeymoon also present for my birthday on 6 april 2014. Ofcoz it was vary great present that i've. We were going to Pulau Langkawi for 3d 2n Okey for day 1 ( ahad ) Kami naik fari 1:30pm, then sampai dalam pukul 3pm. Sampai terus makan. But kiteorang kongsi, since mulut Bella ada ulcer Adam still not feeling well, takot tak habes pulak nanti kalau banyak-banyak. Then, got the teksi untuk ke pantai cenang. Kiteorang tak sewa kereta sebab save budget. Sampai pantai cenang yang sangat panas tu, Bella pergi masuk satu-satu hotel untuk dapat best price ( paling murah ) sebenarnya ada je jumpa dekat internet, tak booking sebab tak sure nak pergi tak hari tu, and sebab Adam demam teruk. So tempat paling murah Bella jumpa dekat internet Grand Beach Motel (RM50) motel ni betul-betul tepi pantai. Bella ingatkan pergi bukan time cuti tak ramai la, rupanya full jugak. Then masuk satu...

Perancang Keluarga Implant

Image
Hi, hari ni dah 1 month 19 days Bella dan Adam berkahwin. Di sebabkan dua-dua masih belajar dan msih muda. Kami plan nak pilih perancang keluarga implant. Bella dah pun pasang implant ni. Dah hampir 3minggu. So nak bagi la tips and procedure nak pasang implant ni. Implant ni di pasang di bahagian bawah lengan. Dia lebih kurang sejenis rod. Bella pasang implant dekat LPPKN. sebab lagi murah kosnya. Kalau swasta range harga dalam RM600 hingga RM1200. Tapi kalau kat LPPKN, RM320 je. Bella buat dekat LPPKN perlis. note: Now harga pasang implant di LPPKN RM500 and kos nak buka atau keluarkan implant RM100 First, Bella call office LPPKN. Then dia akan sambungkan ke klinik nur. Nurse cakap suruh call balik bila first period. So implant ni hanya boleh pasang ketika period. Sebenarnya bukan wajib pun, tapi sebab nak memastikan kita tak mengandung time pasang tu kena la time period. Kalau yakin tak pregnant boleh je nak tipu. haha. Oh ya ni senarai no phone office LPPKN. Nanti dia akan samb...

Currently Have Been Marriend For 1 month 8 day

Image
Hye there, Sudah sebulan lebih perkawinan saya dan cik adam. Buat masa ni, saya masih lagi di perlis, unimap. Dan adam baru je masuk pondok Gajah Teriak di Jitra. Pengajian saya masih berbaki 2 tahun lagi harus diteruskan walau status sudah bertukar. hehe Adam akan meneruskan pengajiannya, walau bukan untuk segulung ijazah, namun saya bangga dengannya kerana ilmu yang dia akan miliki kekal hingga kesyurga kelak. Alhamdulillah. Adam sekarang sedang belajar kitab. Mungkin pengajiannya mengambil masa lebih kurang 4 , 5 tahun. bergantung pada kepantasan dia menghabiskan pembelajaran kitab. Seronok kawin muda? Gila tak seronok. haha. Masuk je semester baru biasa lah saya diajukan pelbagai soalan-soalan. First night? haha tu la soalan yang dorang sebok nak tahu. Tapi saya buat tak dengar je. mana boleh cerita SECRET okey ;) Saya dan cik adam sekrang okey sahaja. Ade bergaduh sekali sekala. Tapi perasaan rindu dan sayang atasi segalanya. Lagi pun kami dari bercinta memang jarang berhubun...

pernikahan kami.

Image
hye. berlangsung sudah majlis pernikahan serba sedarhana bagi dua orang remaja muda baru berusia 21 tahun :) alhamdulillah. jodoh kami di awal usia. semoga berkekalan hingga ke jannnah. PERNIKAHAN ADAM & BELLA PERSANDINGAN PIHAK BELLA MAJLIS BELAH ADAM